Family

Letih tak seharian uruskan rumahtangga, meh cuba ni.



Penat dan letih uruskan rumahtangga?

nah cuba vitalea nih.

satu botol ada 180 biji, tahan 6 bulan weiiii jimat btol.



nak tengok rupa vitalea

ni dia...

.
.
.




nak order ?


Pengedar Shaklee area Bandar Baru Uda, Pn Ella.



Assalamualaikum semua.

Pada yang nak COD shaklee area Bandar Baru Uda, Tampoi dan Taman Tebrau ( hari bekerja ) bole la calling-calling atau whatsapp Puan Ella.

InsyaAllah Ella akan berikan penerangan untuk setiap masalah anda.

Nama : Ella
H/P : 012-9470036

..................................................................................................................................................................

Untuk yang nak join saya meraih pendapatan tapi tanpa goyang kaki, jom join team saya.


Promotion berganda di bulan Disember


Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar harini dah bulan Disember, kan..cepatnya masa berlalu. Tahun lepas saya tengah mabuk pregnant masa ni.. mengharungi hari-hari morning sickness yang amat tak best. Pening kepala 24 jam, lesu badan dan tak lalu makan. Masa tu saya kemam chewable vitamin c je pastu telan pepermint ginger sebab perut masuk angin.



Okla, sebenarnya nak bagitahu promo bulan ni..

YES ( year end sale)

tadaaaaaaa

PROMOTION-THIS-MONTH




Double promotion dari shaklee khas untuk kita-kita aje.

Jom kita tengok apa yang istimewanya promotion bulan ni.



 
Manfaat Utama Sustained ReleaseVita C :

Membentuk kologen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ianya menghalang otot menjadi lembik.

Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecedaraan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkirkan waktu pemulihan dan mengurangkan sistem demam dan selsema.

Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pemgeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki imsomnia - Ia memperbaiki imsomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.


Satu botol ada 180 biji tahan selama 6 bulan. Jimat gilerr.


 
Rupa vitamin E..bukan sekadar sebagai suplement tapi boleh buat masker jugak tau.



Itulah serba sedikit intro promotion bulan ni. Jika korang nak order, hubungi saya segera ye.





Hippopo Baby Spa & Wellness


Assalamualaikum semua,

Semalam upload gambar yang kitorang pegi swimming anak-anak tu, since ramai yang dok tanya kat mana, harga berapa, anak umur brp bole swimming kan jadi harini terhasil lah satu entry khas untuk Hippopo Baby Spa & Wellness,



Ok, Hippopo Baby Spa & Welness yang saya pergi ni terletak di Tesco Tebrau berdekatan dengan Aeon Tebrau ( Jusco Tebrau ). Orang-orang JB mesti tau la kan. Setahu saya di Malaysia ni Hippopo ni ade di tiga negeri iaitu KL, Johor dan Penang.

Berbalik pada yang saya pergi ni kat Tesco Tebrau, kat sini ada dua pool. Satu untuk baby macam Izzara dan satu untuk baby besar macam Iman. Hihi. Actually Izzara pon patutnya masukkan dalam pool besar sebab kaki dia dah cecah lantai pool kecik. Hanya umur 0 hingga 36 bulan sahaja yang bole swimming kat sini.

Berkenaan harga pulak,


Ni harga yang ditawarkan untuk 30 min, swimming RM 48 dan RM38 untuk massage tapi kalo korang pergi kat Tesco Tebrau sekarang ni atau sebelum bln Jan 2015 ni, Hippopo ade buat promotion sempena pembukaan iaitu RM49 untuk swimming dan massage. Huhhh murah giler dan berbaloi. Sapa-sapa nak try baby swimming dan massage bole la cuba yang promo ni sebab sekarang RM 49 jer..



Selain tu ade juga pakej-pakej yang ditawarkan dan bole buat bayaran dua kali. Info lanjut korang bole tanya adik-adik yang sangat friendly kat sana nanti.


Menurut kajian, aktiviti sihat seperti berenang dan mandi kolam akan membantu menyihatkan jantung dan paru-paru, Selain tu juga untuk pertumbuhan minda yang sihat.
Kebaikan massage atau urutan pulak boleh membantu dari aspek perassan sayang dan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pada diri. 

Baby yang dirut akan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik dan tidak mudah tertekan dengan keadaan sekeliling mereka. Baby akan rasa lebih rilek dan tenang. 





Sangat btol..sebab lepas swimming dan massage, Iman dan Izzara terus dibuai mimpi bila masuk je dalam kereta. 

Meh la nak cite pasal aktiviti semalam pulak,

Sebelum nak terjun dalam pool tu, Iman dan Izzara akan di warm up dulu supaya dorang ni selesa dan tak terkejut la, staff kat situ yang akan bukak baju, pampers semua dan akan layan dorang. Mungkin telah dilatih, staff kat Hippopo ni sangat la pandai melayan karenah baby kat sini termasuklah Iman an Izzara. Sangat friendly okey. Bagi lima bintang untuk staff-staff kat Hippopo Tesco Tebrau * wahhhhh*.


Bermula lah aktiviti dalam air, mulakan dengan baby Izzara dulu..

 Sebelum masuk dlm air, kasik main-main air kat kaki dulu, air ni suam-suam je, memang best la untuk baby mcm Izzara ni layan. Macam Izzara, dia memang suka air. Kalo mandi kat rumah pon jarang sangat dia menangis dari usia 1 hari lagi. Dan maybe jugak jenis kami yang suka bawak anak-anak main air. 

Ohhh tips untuk mommy, 

pastikan baby korang dah tido dan kenyang untuk mengelakkan  bad mood sebab mengantuk atau lapar.



Dan staff kat situ akan pakaikan pelampung yang macam gambar tu. Jangan risau anak-anak kita sebenarnya selesa je sebab ada support kat bahagian leher tu.


 Mula-mula masuk macam biasa, tak excited. Tapi still kaki goyang-goyang. Lama-lama senyum dan ketawa. Dan nampak Izzara enjoy sangat swimming dalam pool ni dan pakai pelampung tu. Lain kali bole beli la pelampung ni sebab sangat selamat untuk baby macam Izzara.












Ibu paling suka sangat gambar ni. Nampak macam adik berenang. Hihihi. Sangat comel dan kiuttt. Dan part nampak dia dah mula seronok sebab kaki tak diam dan asyik gerakkan badan.


Yang ni dia mula rasa penat. Menurut staff kat situ, paling lama baby bole swimming macam ni dalam 10 minit je. Nanti dorang akan rasa penat dan letih sebab ade part yang baby kena guna tenaga kat kaki bila mood jacuzzi on. Macam dorang kena lawan arus air gitulah. penat ckit la.

Dalam masa 20 minit swimming, 10 minit untuk pelampung neck tu kan dan lagi 10 minit untuk guna pelambung biasa. Pelambung biasa ni tak penat la sebab just duduk je kan. Dan baby izzara pon enjoy je. 


 Gaya si kakak dan si adik. Sebagai ibu, saya selalu nak happy dorang berdua ni lagi-lagi Iman. Walaupon penat ke apa, tetap saya akan melayan karenah dorang. Dan saya beruntung ada suami yang suka layan anak dengan aktiviti-aktiviti macamni. Sebolehnya saya nak Iman dan Izzara ada banyak pengalaman dan sukakan sesuatu yang baru secara positif.


Gambar kenangan ayah dan ibu dengan Izzara untuk pertama kali di Hippopo Spa Baby & Wellness. InsyaAllah ada rezeki kita ambik pakej pulak dan boleh la ber photo lagi dan lagi. Semuanya untuk kenangan bila adik dah besar. Ibu dulu tak de pon nak pegi tempat-tempat macamni tau. 

Ok, cerita kakak Iman pulak,..

Walaupon dah selalu pegi swimming pool, tapi si kakak ni tetap takuttt. Hihi. maybe dia tengok pool tu pelik ada air warna warni ke apa ke, dia dari awal-awal lagi dan nangis. 


Tengok la tu kakak Iman menjerit..


Tapi insyaAllah, dengan kepakaran staff ni, nama Yana kalo tak silap. Yana ni la yang melayan si Iman. Pandai dia pujuk Iman dan cakap-cakap dan lepas tu Iman pon nak la masuk dalam pool ni. Tq dan 10 bintang untuk Yana..hihihi. kalo bole vote, saya vote Yana untuk staff paling friendly.

 Kakak Iman sangat suka sangat enjoy lepas tu.. Ketawa je dapat main elephant, duck, fish dan macam-macam dalam pool tu. ade air panjut-panjut lagi. Balls pon banyak.


Kaki yang konon-konon swimming. Siap buat laju-laju lagi.


Nurul Iman..tahun depan dah 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Seorang anak yang sangat menghiburkan. Pandai memujuk, sangat sayangkan ibu, caring kat adik..pandai jaga adik..alhamdulillah. kalo ibu yang tak puji anak, sapa lagi kan ? lagipon apa yang keluar dari mulut ibu tu satu doa tau. Jadi jom la kita sebut yang baik-baik je untuk anak kita.

Dah selesai mandi-mandi semua, masa untuk massage..wow relax je nampak anak-anak ibu ni. best la tu.  Sebelum massage staff akan ceritakan kelebihan massage dan minyak yang akan digunakan. Tak silap ada dua jenis minyak Dua -dua bagus tapi saya pilih minyak organis seed oils ( kalo tak silap la..lupaa), kalo untuk minyak ni kene charge RM 5.

Pampers kena bawak la sebab nak pkaikan selepas dorang mandi. Semasa dalam pool, dorang dah sediakan pampers dan free je.



ni la kakak-kakak yang melayan Iman dan Izzara. Thank you untuk uolsss sebab sudi layan karenah anak-anak saya terutama Nurul Iman.

Kerusi comelll


Untuk mommy semua yang nak pergi Hippopo ni, bole buat booking sebab selalunya akan penuh tau. Kat sini saya listakn alamat untuk semua.
 
  • Centrepoint, Bandar Utama

    F30 1st Floor,
    Centrepoint Bandar Utama,
    3 Lebuh Bandar Utama,
    47800 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan,
    Malaysia.
    Tel: 03-7728 1889
  • Setia Walk Mall, Puchong

    6 & 7, Ground Floor, Block K
    Setia Walk Mall
    Persiaran Wawasan
    Pusat Bandar Puchong
    47160 Puchong, Selangor,

    Tel: 03-5891 6684
  • Great Eastern Mall, KL

    4.09A | Fourth Floor,
    Great Eastern Mall
    303 Jalan Ampang,
    55000 Kuala Lumpur,
    Malaysia.
    Tel: 03-4256 7889
  • Queensbay Mall, Penang

    30-33, 1st Floor,
    Queensbay Mall
    100 Persiaran Bayan Indah,
    Bayan Lepas, Pulau Pinang,
    Malaysia.
  • Tesco Desa Tebrau, Johor

    Lot No. G15, Ground Floor,
    Tesco Desa Tebrau
    1, Jalan Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor Bahru, Johor.
    Tel: 07-3577889

    Hopefully anak-anak korang jugak enjoy dan happy.

    Sebelum terlupa, saya juga adalah pengedar sah shaklee tau, untuk mommy yang nak menjana income bersama shaklee bole la hubungi saya. insyaAllah dengan income yang lebih banyak, kita bole bawak anak-anak kita pergi tempat-tempat yang lagi best.





# Nurul Iman - dari lahir sampai 1 tahun.



Assalamualaikum....

Ibu saya memang suka ambil gambar saya. Tengok la ni ibu buatkan dari first lahir sampai umur saya 1 tahun. Memang banyak koleksi gambar saya yang ibu simpan tau. 

Layannnn...ibu malas nak bercerita. Biar gambar berbicara.


 













 






Yeayhhhh...saya dah satu tahun.. saya berharap agar dapat jadi anak yang terbaik untuk ibu dan ayah... aminnn

eh eh, ibu Iman jual shaklee tau..kalo nak order hubungi spt dibawah ye,