Kali ni nak share pasal percutian ke Pulau Tioman. Actually, ni bukan lah pertama kali kami ke Pulau Tioman. Dah kali ke dua tapi inilah percutian kesana bersama Izzara dan keluarga mertua.
Percutian di taja sepenuhnya oleh mak mertua. Semoga mak dimurahkan rezeki dan terima kasih sebab belanja bercuti kat sini. Nanti- nanti boleh kita datang lagi.
Pagi-pagi lagi kami dah bertolak dari rumah Taman Rinting ke Jeti Mersing untuk naik feri. Perjalanan dari Tmn Rinting ke Mersing mengambil masa dalam dua jam lebih kurang.
Naik feri pulak ambil masa 2 jam untuk sampai ke Pulau Tioman iaitu Kampung Tekek.
| Baru sampai.. |
Alhamdulillah Jam 4 petang, kami sampai di tempat penginapan. Memilih Berjaya Hill Pulau Tioman sebab kat situ banyak kemudahan dan anak-anak pon suka sebab ada kolam renang.
Sampai-sampai je sana, dah check-in semua, kami semua terus mandi kolam. Biasa lah, anak-anak memang suka sangat dengan aktiviti yang satu ni. Pantang nampak kolam.
Kat Berjaya Hill Resort ni ada dua kolam. Satu dekat reception dan satu lagi kolam besar dekat restoren. Kami memilih untuk mandi berdekatan restoren kerana disitu ada kalom untuk kanak-kanak dan jacuzzi.
Ada juga gelongsor macamni.
Kolam untuk kanak-kanak
Aktiviti hari ke dua, kami mengelilingi Pulau Tioman. Ada enam perhentian iaitu Kg Salam, Kg Juara dan beberpa lagi. Lupa daa...kami pergi jugak tempat air terjun, tempat memancing, snorker. Kalau tak silap, sewa bot untuk kami sekeluarga seramai 8 orang dewasa, 4 kanak-kanak dan 1 baby adalah RM800 seharian.
| Pemandangan dari chalet |
Menikmati suasana laut yang membiru. Banyak ikan-ikan.
Mak di Kampung Juara.
Bot yang kami naiki.
My lovely Izzara. Alhamdulillah, senang bersalin, senang menjaga anak syurga ni. Dari kecil memang saya bawak dia berjalan disebabkan nak biasakan dia. Nanti nak ikut ibu pergi Shaklee, pegi COD, pegi pejabat pos lagi. Senang kan kalo dah biasa.
Ok, Pulau Tioman ni banyak Kampung tau. Kg akan sampai Kg Genting, Kg Paya dan Kg Tekek. Kg Tekek tu macam bandar la sebab ade lapangan terbang kecil dan pusat beli belah bebas cukai.
Pemandangan laut dari chalet Berjaya Hill Tioman Resort
Untuk yang nak bawak anak kecil macam saya bawak iman dan Izzara, pastikan korang bawak :-
1. Bawak carrier untuk memudahkan. Takdelah korang lenguh nak dukung atau pegang anak kecil macam Izzara yang lagi tembam. Hehehe
2. Sunblock jangan dilupa lagi-lagi kalo jenis nak keliling pulau. Panas terik membakar kulit wehh.
3. Jangan lupa bawak makanan cnth biskut utk anak yang jenis suka makan sebab kalo nak beli mahalnye boleh tahan.
Best bila bercuti ramai-ramai ni. InsyaAllah ada rezeki bole jalan-jalan lagi. Untuk yang nak pegi ke Pulau Tioman, korang bole lawat page Berjaya Hill untuk mengetahui info dan pakej yang disediakn.
Happy Holiday uolsss.
Eh lupa, jika korang nak order shaklee, bole hubungi saya :-


















No comments:
Post a Comment