Family

Resepi Pizza Homemade


Assalamualaikum semua,

Bila balik kampung, ada je aktiviti nak buat. Lagi-lagi Ma saya memang seorang yang suka masak. So, hari semalam ktorang buat pizza. Mak sedara yang datang uli doh. Sedap tau sebab bila buat sendiri, bole letak macam-macam topping dan letak banyak-banyak. Makan ramai-ramai, panas-panas lagi mengancam.

Jom kita tengok resepi mudah penyediaan Pizza.




Kulit Pizza




Bahan-bahan

1kg gandum
2 biji telur
1 sudu kecil garam
150 gram buttercup
2 sudu kecil mauripan (ibu roti)
3 sydu besar susu pekat manis
Air secukupnya

Cara-cara penyediaan kulit

1. Masukkan semua bahan-bahan dan air secukupnya.
2. Uli sehingga sebati dan menjadi doh
3. Uli sehingga doh menjadi lembut ( teknik buang angin atau macam buat doh donat utk lembut )
4. Guna penggiling untuk nipiskan doh dan masukkan ke dalam loyang bulat atau empatsegi.

Sos



Bahan-bahan



1kg buah tomata
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cili sos secukup rasa

Cara cara penyediaan sos

1. 1 kg tomato direbus sehingga empuk dan toskan.
2. Kupas kulit dan rebus lagi sehingga menjadi lembik dan menjadi pes.
3. Tambahkan sos cili dan garam serta gula secukup rasa.

Inti

Bahan-bahan

1/2 kilo daging/ayam cincang
10 biji bawang merah kecil - di blender
5 biji bawang putih - di blender
2 peket kecil serbuk kari babas
Garam secukup rasa
Gula secukupnya

Cara-cara penyediaan inti

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari babas dan masukkan sedikit air
3. Tumis sehingga naik minyak
4. Masukkan daging/ayam cincang dan gaul rata.
5. Tambah sedikit air dan tambabhkan juga garam dan gula secukup rasa.
6. Masak sehingga daging/ayam sedikit garing.

Topping

1. Satu peket sosej hiris bulat
2. 2 biji lada benggala hiris panjang-panjang
3. Bawang besar dihiris
4. Satu tin nenas dihiris kecil
4. Keju mozarella, parmesan, cheddar - lagi banyak lagi sedap




Masukkan doh kedalam loyang seperti diatas. Letakkan sos. Taburkan inti dan topping. Sedia dibakar.


Selamat mencuba.

Nak order shaklee,




No comments:

Post a Comment