Family

Resepi Pavlova yang sedap, mudah dan ringkas.


Assalamualaikum para penggemar Pavlova.

Pavlova, first time makan pavlova yang tak berapa menjadi sebab buat sendiri. Masa tu pavlova tengah hot, ramai orang share pasal pavlova jadi saya pon cuba buat.  Tapi tak berapa menjadi kerana whipping cream tu cair dan tektur pavlova jadi lembik.

2nd time makan beli dari kawan yang sememangnya jual pavlova. Satu bekas RM8 kot. Tapi makan tak puas je rasa. Dan bermula tu saya pon cuba buat dan akhirnya menjadi. Resepi pavlova sangat mudah tapi memerlukan ketelitian.

Ok, jom kita tengok cara mudah dan ringkas penyediaan pavlova.


Bahan-bahan yang diperlukan :-

UntukPavlova :
4 biji putih telur gred A
200gram gula kastor
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanila



Untuk krim/topping:

Whipping cream
Buah-buahan masam ( strawberi, kiwi, oren, anggur )





Cara-cara :-

1. Pastikan mangkuk kering, pastikan tak de sisa2 air, minyak, habuk dan sebagainya. Untuk menghasilkan meringue pantang larangnya adalah takbole ade bendasing. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk dan pastikan juga tiada sedikit pon telur kuning.

Guna 'benda, alat asing telur kuning




2. Putar putih telur sampai berbuih. 


Bila dah berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.



 3. Putar lagi sehingga adunan krim dan nampak berkilat.

4. Masukkan esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur dan menyedapkan lagi rasa.

5. Putar putar lagi sampai adunan jadi soft dan bertanduk. Ataupon nak tau adunan tu menjadi atau tidak, terbalikkan mangkuk. Kalo adunan tu tak jatuh, meringue tu dah menjadi.

6. Stopkan mixer, masukkan tepung jagung dan cuka. Dengan cara kaup-balik, gaulkan bahan2 tu sehingga sebati dengan menggunakan spatula ( gaul pakai senduk pon bole) tetapi jangan terlalu lama.

( Peringatan lagi : Pastikan segala peralatan spt bowl, hand mixer semua tu bebas habuk atau air atau bendasing, ini untuk elakkan meringue tu tak menjadi.)


7. Masukkan adunan dalam bekas yang korang suka atau masukkan dalam piping bag. Alaskan dulu dengan baking paper.



Tips : Bila pavlova dah masak, jgn terus keluarkan dari oven, tunggu sejuk sikit, baru keluarkan utk mengelakkan pavlova dari merekah)

Untuk buat krim/topping :

1. Saya guna whipping cream yang hanya tunggu putar sahaja. Ada jugak yang kene letak gula atau sebagainya. Keluarkan dari peti sejuk, tunggu dalam 30 min mcmtu, dan mixer sampai soft peak. Agak2 okey, masukkan dalam piping bag dan bole hias kat atas pavlova tadi beserta dengan buah-buahan.

Whipping cream yang saya guna


(tips: pilih whipping cream yang senang korang nak guna, sebab kadang2 whipping cream tu tak menjadi soft peak)


Masukkan ke dalam peti sejuk

tadaaaa,

inilah dia MINI PAVLOVA GOJES



ok, pavlova ni manis ya amat..dah makan tu boleh la cuci perut dgn vitamin shaklee.

nk order shaklee, details kat bawah ni tapi kalo nak order pavlova, saya tak jual hihi.



1 comment: