Dijangka lahir 28hb Julai iaitu 1st Syawal tapi adik dah tak sabar nak jumpa ibu, kan? Lahir 5 hari sebelum hari raya Aidilfitri iaitu 23hb Julai 2014.
Alhamdulillah...
Inilah dia Nurul Izzara Binti Hasnorsazrin. Semoga adik jadi anak yang solehah, dengar cakap ibu, jaga solat, jaga adab,... ibu pon berharap dapat didik adik dengan baik dan penuh kasih sayang.
| Hari ke -6 |
Ibu siapkan kakak Iman, siapkan ibu jugak sebab nak pegi jumpa Doc untuk check kandungan. Dah sampai Hospital Penawar, Doc saja check bukaan dan alih2 je dah bukak 4cm. Doc tanya, nak bersalin cepat atau lambat. Kalau nak cepat, dia induce supaya bukaan cepat. Tapi ibu taknak. Ibu cakap malam la sebab nak bukak puasa dulu pastu nak cari baju raya adik. Masa check tu dalam pukul 3 petang mcmtu.
Dah bukak puasa dan shopping kat Kipmart, pegi lagi jalan kat Kompleks Pusat Bandar. Baju raya tak jumpa jugak sebab takde size baby, semua besar-besar. Last2 beli kuih raya je dekat bazar kawan ibu. Balik rumah, mandi, solat, kemas sikit-sikit dan terus bersiap nak pegi Hospital. Dalam pukul 9 malam ibu, ayah dan kakak dah sampai hospital.
Nurse pon ambil darah semua pastu masuk la wad. Kakak ngan Ayah pon ikut la sekali sebab tu ibu nak bersalin kat private hosp. Tujuannya supaya ibu tak jauh dari kakak Iman. Masa tu kakak Iman tak biasa lagi ngan org lain, 24jam berkepit ngan ibu dan ayah. Dalam pukul 10 malam tu, ibu dah masuk labour room. Masa ni ibu memang langsung tak sakit lagi walaupon jalan dah buka.
Dalam pukul 11 malam, pakar bius datang sebab bersalinkan adik, ibu minta nak guna epidural. Setelah melalui procedur masukkan ubat semua, ibu pon rehat2 la sambil baca majalah. Dalam hati pon berzikir sebab risau jugak. Lama jugak nak tunggu ubat bius tu berkesan sampai lenguh satu badan sebab baring je.
23.07.14
Pukul 12.30 malam, Doc Hasmah datang check. Dia tanya ade sakit tak, kalo tak rasa sakit maknanya epidural tu dah berkesan. Ibu memang langsung tak rasa sakit tapi tengok je perut adik golek-golek. Hehehehe. Cuma lenguh je sebab tak bole mengiring.
Nurse pon asyik datang check pastu siap tukar labour room lagi. Pindahlah katil ibu dari room 1 ke room 2. Pastu ibu pon call ayah cakap dahaga air pastu perut pon lapar. Mintak ayah hantarkan air ke labour room. Dalam waktu ibu tengah nak minum air tu lah, adik tetiba keluar dah. Ibu dalam kelam kabut suruh ayah panggil nurse sebab kepala adik dah terkeluar. Kakak Iman pon kelam kabut sama sebab dia pon ada dalam labour room.
Nurse pon datang sampai habis semua benda dia langgar. Dan alhamdulillah, pukul 2.23 pagi adik pon selamat dilahirkan bersaksikan ayah dan kakak Iman. Kakak Iman pon nampak dan tengok tau mcmmana adik keluar dari perut ibu. Sebab tu kakak Iman rileks dan sikit pon tak jeles dengan adik sebab dia tau memang adik yang keluar dari perut ibu. Sebelum adik lahir pon, ibu selalu suruh kakak Iman bercakap-cakap dgn adik dalam perut, selalu pesan kat kakak dan dah ajar kakak pasal adik.
.........................................................................................................................................................
Macamtu je la proses kelahiran adik. Alhamdulillah, senang bukan sebab ibu guna epidural. Epidural tu hanya bantu tak sakit je. Nanti ibu cerita lanjut lagi pasal proses epidural tu.
Nurul Izzara Binti Hasnorsazrin
23.07.2014
Jam 2.23 pagi
2.9 kg
![]() |
| Baby girl ibu yang tembam. |
Ibu panggil adik baby shaklee sebab dari awal nak dapatkan adik sehingga mengandung dan bersalin, ibu amalkan shaklee. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat adik, pregnant pon senang cuma alahan trimester pertama je dan sehingga proses bersalin pon selamat.
![]() |
| berbaju kebaya pada hari raya haji 2014. |
Adik lahir pon comel je. Sapa2 yang nak cuba produk shaklee, bole lah hubungi saya, insyaAllah saya akan bagi servis yang baik.





nice sharing master..check out my newly created website at http://worldofthehealthy.blogspot.my
ReplyDelete