Family

7 Manfaat Utama Sustained Vita C Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum semua.

Khabar gembira untuk semua yang mahukan kulit yang cantik, yang nak perangi kanser, yang nak kuatkan sistem imun..orang kata yang nak banyak manfaat dalam satu produk..tadaaaa ini die vitamin paling gojes ( model pon gojes jgk tu..hihi)

  
Sustained vitamin C shaklee menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa 5 jam.





Manfaat Utama Vitamin C :

Membentuk kologen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ianya menghalang otot menjadi lembik.

Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecedaraan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkirkan waktu pemulihan dan mengurangkan sistem demam dan selsema.

Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pemgeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki imsomnia - Ia memperbaiki imsomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.

Sustained vitamin C shaklee ni memang menjimatkan. Sebotol berharga RM 92.50. Tahan selama 6 bulan uolssss. 

Nak harga murah lagi ? Jom join keahlian dengan saya, dan anda akan mendapat harga ahli.

Nak dapatkan sustained vitamin C shaklee:

hubungi saya


CERGAS MELAMPAU DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE



Assalamualaikum semua. 

Dalam sedar tak sedar,kita dah pon nak menghampiri bulan Ramadhan yang mulia. Kurang dari sebulan lagi ye. Bermakna zila pon dah hampir nak bersalin. Bersalin anak ke 2 yang bakal dikatakan perempuan jugak.

Bercerita pasal bersalin, kali ni InsyaAllah zila akan berpantang menggunakan produk Shaklee yang diyakini selamat, mesra alam dan berkesan. Jangan tak pecaya ye, set pantang shaklee ni bole buat korang semua cergas melampau-lampau tau. Pendek kata, badan tak rasa penat, kurang stress dan bole lagi layan anak-anak lain.Masa bersalinkan anak pertama, zila tak kenal lagi produk Shaklee ni. Hihi.

Ok, jom kita tengok apa produk Shaklee yang dicadangkan untuk berpantang ni yang membuatkan badan cergas dan bertenaga ni.

B-complex – Vitamin anti stress, mengelakkan meroyan dan membantu menstabilkan hormon

Sustained Vitamin C – Meningkatkan antibodi secara konsisten dan membaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin. 

Zinc – Mengelakkan jangkitan, membantu penyembuhan luka bersalin dan mengurangkan keguguran rambut.

Vitalea Membekalkan/ memulihkan keperlukan vitamin dan mineral ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan tenaga semasa proses bersalin dan pembentukan sel darah.

Ostematrix – Membekalkan kalsium kepada ibu terutama dalam penyusuan bayi dan mengatasi masalah sembelit.

 Kat sini jugak zila bg testimonI ibu yang dah ade pengalaman menggunakan set berpantang Shaklee.


Nak beli set berpantang kat mana ?

Boleh hubungi AZILA 016-7733129 untuk penghantaran percuma sekitar Pasir Gudang atau zila akan poskan set berpantang anda dengan segera.


RESEPI ESP PALING SENANG DAN SEDAP



Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat dunia lagi. Pusing kiri kanan boleh lagi nampak wajah-wajah kesayangan hamba. Ewahhhhh.

Ok la, harini nak story pasal cara minum ESP dengan betol dan nak bagi sekali resepi ESP yang paling senang dan sedap.ESP ni sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan merupakan hot selling Shaklee tau.



Pastukan nak bagitau  yang ESP ni bukan saja untuk ibu mengandung je (ramai yang igt mcmtu kan?) tetapi ESP ni sesuai untuk semua golongan.

 Okey kat sini, zila share resepi untuk minum ESP.

Resepi Pertama


 Ha kalo korang nak tau, inilah favorite zila kalo minum ESP. Zila akan shake ngan milo suam-suam minum. 

Resepi Kedua


 Yang ni favorite juga time zila mabuk-mabuk pregant dulu. Sebabnye awal2 mengandung zila tak suka minum air suam ke ape ke, jadi zila akan sejukkan dulu ESP + bliss ( campuran buah2an yg zila suka ). 

Resepi Ketiga


 ok, untuk yang suka rasa masam mmg ESP shake dgn sunquick paling terbaik.

Ada banyak lagi resepi ESP ni sebenarnya. Bole letak dalam nasi lemak dan pelbagai lagi. Istimewa untuk yang buat pembelian ESP, zila akan bagi ebook percuma resepi-resepi ESP yang patut korang cuba.

Tips ESP :

Jangan shake dengan air panas kerana akan menghilangkan protein yang terkandung dalam ESP.

Ingin dapatkan ESP ?