Family

Mendidik anak soleh dan solehah serta doa yang boleh diamalkan


Salam Jumaat semua.



Santai-santai di hari Jumaat penghulu segala hari ni sambil kita baca doa-doa yang bagus untuk kita amalkan.


Anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Tentu saja semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Melihat senyum tawa riang mereka, hilanglah segala penat lelah kita..itulah satu nikmat yang Allah kurniakan untuk kita sebagai ibubapa.

Bersabarlah dengan kerenah mereka, kita tidak mengetahui sampai bila kita akan menjaga mereka.



Didikan untk anak soleh dan solehah,
 

Pesan Nabi SAW

' Anak-anak yang nakal sewaktu kecil akan menjadi orang dewasa yang bijaksana '

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami  isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Al Furqan, 74]


Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh – Dari Satu Diskusi
  • Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
  • Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don’t say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu’. Wallahuálam.
  • Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. “Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka”.  Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau – “anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya “terima kasih”. Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni’mat Allah.” Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
  • Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
  • Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.
Akhir kalam :

“Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim.”

Sumber : Artikel iluvislam.com

Hilangkan sakit senggugut dengan berkesan


Assalamualaikum semua pembaca.

Pernah tak korang sakit senggugut ? Macam saya, setiap kali datang bulan mesti akan mengalami senggugut. Senggugut yang sakit sangat sampai ada ketika nak je suruh orang pijak atas perut. Sakitnya sampai ke pinggang tau. Pada masa tu, apa yang saya buat bila senggugut datang adalah dengan makan panadaol warna pink tu. Orang kata bahaya kan tapi sakit punya pasal dah tak fikir dah masa tu. Ianya memang menganggu rutin harian saya, kadang-kadang saya terpaksa tak datang sekolah, skip kelas dan ambik MC semata-mata kerana senggugut.



Senggugut ni ada dua jenis :-

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelihan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian. Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Komplikasi

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan
  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  3. Pil perancang.
    Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    • Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    • Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    • Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  4. Penggunaan Haba
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Berbalik pada cerita saya, setelah lebih dari 14 tahun menderita sakit senggugut dan dah banyak paracetamol yang masuk badan saya, akhirnya saya telah diperkenalkan dengan set senggugut dari shaklee. Kenapa la selama ni saya tak tahu pon yang ada penyelesaian lain selain makan ubat tahan sakit setiap bulan...Setelah saya mengamalkan set ni, alhamdulillah senggugut saya makin berkurang dan sekarang dah hilang 100 %. Saya memang mengesyorkan pada kawan-kawan juga atas keberkesanan set senggugut dari shaklee kerana ianya adalah vitamin dari sumber semulajadi dan tidak membahayakan.

Meh kita reveiw sikit produk-produk ni..


GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Fungsi utama GLA adalah untuk menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

OSTEMATRIX 

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nutrien ini bekerja bersama untuk membantu relaksasi otot. Kalsium penting untuk mengekalkan nada otot semasa haid. Vitamin D juga membantu untuk mengurangkan keradangan. Adalah dipercayai bahawa keradangan semasa haid boleh membawa bukan hanya kepada kembung, tetapi juga kesakitan teruk semasa haid. 

B-COMPLEX

B-complex berfungsi untuk anti-stress bila datang senggugut kerana pengambilannya memberi kesan tenang dalam diri. 

Jika korang memang mengalami senggugut, jangan tunggu lagi. Jom dapatkan set sengugut dari shaklee ni. InsyaAllah, bulan depan no period pain again and again... bye bye la senggugut tu. Hehehheh.

Untuk order, korang bole ambk details bawah ni



# throwback : Wedding kami 4 tahun lepas. ( Episod Pertama )


Assalamualaikum..

Entry untuk tatapan masa depan dan untuk kenangan.. Nanti Kakak Iman dan Adik Zara bole baca dan tengok bila dah besar.

Bibit-bibit pertemuan

Kami berkenalan semasa belajar di Kolej Poly-Tech Mara, Kuantan. Bercinta dari 2004 sehingga berkahwin pada 2010. Lama kan? Alhamdulillah ada jodoh juga walaupon bergaduh berbaik sampai tak bole kira. Hehehehe.

Bertunang

Bertunang pada 03 Oktober 2008.

Berkahwin

Majlis sebelah pihak perempuan (Merah)

Setelah mengharungi berbagai liku-liku kehidupan, alhamdulillah 11.06.2010 selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja.


Ma dan abah serta keluarga suami,

 
 Kawan-kawan,


Terima kasih pada yang sudi datang,

 


I love u abang.


 Majlis Persandingan

Hantaran,





Tepung tawar versi Kuala Balah





Ma Abah dan Mak Abah


Keluarga


Kawan-kawan yang sudi datang


Cikgu favorite masa sekolah dan mak sedara









 Entry penuh bergambar.

Semoga perkahwinan yang dibina atas dasa suka sama suka ni berkenalan hingga akhir hayat. Aminnnn.

Mealshake - Testimoni berkesan untuk hilang sembelit, pulih selera makan dan fokus belajar

Assalamualaikum semua.

Mealshake shaklee adalah sejenis multivitamin yang kaya dengan pelbagai zat. Ianya sangat lazat, berkhasiat dan pastinya mudah disediakan untuk seisi keluarga. Mealshake juga merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh. Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

Bole baca jugak tentang mealshake yang pernah saya ceritakan di sini

Okey-okey, jom kita layan testimoni-testimoni ni :-







Itulah anatara testimoni pengguna mealshake. InsyaAllah, kita hanya berikhtiar untuk memberi yang terbaik bukan hanya untuk anak tapi satu keluarga.

Berminat tak ? Nak cuba untuk anak anda ? Bole hubungi saya seperti dibawah :-


TIPS ELAK DAN RAWAT SIMPUL BIAWAK (KEJANG BETIS) BAGI IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum semua..

Selalunya ibu hamil  yang mengadu mengalami masalah kekejangan betis atau simpul biawak terutamanya pada waktu malam. Kadang-kadang tu memang boleh menganggu tidur, kan?  Simpul biawak ni biasa berlaku pada trimester kedua dan ketiga.


Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.

Antara Punca Berlaku Simpul Biawak Semasa Hamil Adalah:

*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.

Apa Perlu Buat? 

*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
*Urut otot yang kejang itu.
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip Elak Simpul Biawak

1)Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

2)Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3)Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

4)Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

5)Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

6)Minum banyak air.

**sumber pa&ma 

Tips Dari Nutrisi Shaklee

Selain dari tips diatas, ada cara untuk mengelakkan simpul biawak iaitu dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Hanya 4 biji sehari sebelum tido, InsyaAllah masalah anda dapat diatasi. 



Kenapa Ostematrix?

1) Ostematrix shaklee membekalkan 100mg kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) Mempunyai 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium dalam tulang serta menguatkannya.

3)  Dan mempunyai 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium yang menjadi punca simpul biawak.

Secara ringkasnya, simpul biawak terjadi kerana kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah dan OSTEMATRIX shaklee pula mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, fosforus, mangan, tembaga dan zink yang boleh membantu anda untuk mengelakkan terjadinya simptom simpul biawak atau kejang betis.


 Rutin harian ( 4 biji ostematrix + 1 biji bcomplex )

Untuk sesiapa yang mahu mendapatkan ostematrix shaklee, bole hubungi saya seperti dibawah :




Bisnes Shaklee memang best, cerita saya.


Assalamualaikum semua pembaca,

Bercerita pasal Shaklee, saya mula tahu produk shaklee dari facebook dan dari status upline saya sekarang iaitu Kak Nurul Aziyana. Sebelum ni saya tahu la pasal shaklee dan produk pertama yang saya tengok adalah ESP. Melalui post-post status upline saya tu membuatkan saya berminat nak tahu produk shaklee dan dalam masa yang sama saya nak berbisnes.



Tak silap saya pada 17 May 2013 adalah hari pertama saya mendaftar dan ber id no 962493. Sebelum-sebelum tu saya ada bertanya macam2 pada Kak Yana tapi hati tak terdetik lagi sehingga la tarikh tersebut. Selain untuk kegunaan sendiri, saya memang nak berbisnes sebab masa tu umur anak 5 bulan dan saya tidak bekerja. Untuk menampung komitmen saya, saya nekad untuk berbisnes online dan saya pilih SHAKLEE secara serius.

Dari kanan : Kak Yana, Kak Zai, Master Lyna Noh, Kak Suey, Kak Jana, Kak dilla dan saya.

Bulan yang saya join tu, kebetulan promo Mealshake. Dengan semangat yang membara saya target untuk dapat bonus. Alhamdulillah, bonus pertama saya bersama shaklee adalah RM200++ (lebih kurang). Masa tu happy la sebab usaha berhasil walaupon tak banyak sampai ribu-ribu lagi.

Hari ni, 17 Okt 2014 dah hampir 1 tahun 5 bulan saya masih bertahan dalam Shaklee. Dengan adanya upline yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan geng-geng shaklee yang sentiasa membantu, InsyaAllah saya akan terus berusaha dan berjaya dalam bisnes Shaklee.

Group RTS dibawah kelolaan Master to-be Nurul Aziyana


Dalam Shaklee saya banyak belajar. Banyak ilmu tentang kerohanian, motivasi yang dikongsi dari Master-master yang dah berjaya. Belajar untuk lebih berharap kebergantungan pada Allah yang pemberi rezeki, belajar zikir-zikir, belajar ilmu marketing, ilmu tulis blog dan banyak lagi.

Push factor saya dalam bisnes ni adalah nak bantu ma dan abah menbina rumah impian mereka. Selain tu, nak bantu suami kukuhkan kewangan family kami dan menabung untuk anak-anak. Semoga impian murni saya tu tercapai dan Allah SWT memakbulkan segala doa-doa saya. Aminnnnn.

Ma dan Abah






Hobi ikut suka hati asal happy


Assalamualaikum semua...

Happy weekend uolllss. Bercakap pasal hobi, sesuatu yang kita suka buat bila masa lapang, kan? actually, saya tak de la hobi yang btol2 di masa lapang sebab macam xde masa lapang je bila dah anak dua ni. hehehehe. Tapi dulukan hobi saya suka sangat baca novel. Setiap bulan saya akan beli novel-novel yang saya suka. Paling saya suka karya Norhayati Ibrahim (btol ke nama ni, igt2 lupa). Nanti berangan la nak suami romantik la, nak anak comel la, nak jadi isteri solehah la....hehehe.Sekarang ni hobi baca novel jatuh pada adik saya, Azira dan Alia.

Novel (ihsan google)

Hobi saya sekarang adalah saya suka kumpul buku-buku kecil dan  artikel kecil dalam majalah. Biasa kita beli majalah kan, kat tengah-tengah tu ade artikel mcm booklet tu, ha yang tu la saya suka bukak dan kumpul. Biasanya berkaitan parenting, resepi, motivasi, tip-tip memasak ke dan penjagaan kesihatan.

Buku-buku kecil dan artikel ni sangat berguna sebenarnye. Bila ade kelapangan saya akan baca balik dan apply untuk kehidupan seharian. Kadang-kadang, nak masak bukak tengok resepi, nak bawak kemana-mana pon senang sebab size die comel dan kiut je.

antara buku/artikel kecil

Saya juga ada hobi yang gemar mengedit gambar. Sambil-sambil dodoikan Zara saya akan edit guna photogrid la, picArt la dan macam2 apps kat henpon tu. Tersangat la suka mengambil gambar dan suka juga mengedit gambar lagi-lagi gambar family. Mungkin sebab tu la, suami belikan kamera DSLR tu untuk saya yang suka mengambil gambar ni.

App photogrid

Tu jela yang saya nak cite pasal hobi. Mungkin sesuai dengan usia, hobi pon akan berubah. Next year saya dah melangkah ke alam 30-an. Banyak nak kene berubah ni, dan semestinya berubah ke arah kebaikan. menjadi isteri yang menyenangkan hati suami dan ibu yang paling best untuk anak-anak.

Ok, jumpa di next entry.


...............................................................................................................................................................

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin shaklee,


Step by step : Resepi mudah dan sedap Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share satu resepi yang sangat mudah, senang, cepat dan semestinya sedap.

tadaaaa,

Spaghetti Bolognese


Ok, resepi sebenarnye resepi ade dekat belakang botol sos Prego tu,

Spaghetti yang saya guna
Sos  
 
 







1. Didihkan air
2. Masukkan spaghetti dan tabur sedikit garam, jgn patah2kan, just letak mcmtu je
3. Nannti spaghetti jadi macamtu
4. Angkat dan toskan
5. Toskan juga daging cincang
6. Potong dadu carrot
7. Potong bawang besar dan bawang putih
8. Letakkan beberapa sudu minyak jagung untuk menumis
9. Tumiskan daging cincang sehingga garing
10. Masukkan carrot dan bawang.
11. Goreng hingga wangi
12.Masukkan sos prego
13. Tambah sedikit air, garam dan perasa
14. Spaghetti siap.

Selamat mencuba.

ohh saya juga adalah pengedar shaklee, hubungi saya utk dapatkan produk shaklee.