Family

TIPS ELAK DAN RAWAT SIMPUL BIAWAK (KEJANG BETIS) BAGI IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum semua..

Selalunya ibu hamil  yang mengadu mengalami masalah kekejangan betis atau simpul biawak terutamanya pada waktu malam. Kadang-kadang tu memang boleh menganggu tidur, kan?  Simpul biawak ni biasa berlaku pada trimester kedua dan ketiga.


Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.

Antara Punca Berlaku Simpul Biawak Semasa Hamil Adalah:

*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.

Apa Perlu Buat? 

*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
*Urut otot yang kejang itu.
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip Elak Simpul Biawak

1)Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

2)Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3)Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

4)Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

5)Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

6)Minum banyak air.

**sumber pa&ma 

Tips Dari Nutrisi Shaklee

Selain dari tips diatas, ada cara untuk mengelakkan simpul biawak iaitu dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Hanya 4 biji sehari sebelum tido, InsyaAllah masalah anda dapat diatasi. 



Kenapa Ostematrix?

1) Ostematrix shaklee membekalkan 100mg kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) Mempunyai 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium dalam tulang serta menguatkannya.

3)  Dan mempunyai 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium yang menjadi punca simpul biawak.

Secara ringkasnya, simpul biawak terjadi kerana kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah dan OSTEMATRIX shaklee pula mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, fosforus, mangan, tembaga dan zink yang boleh membantu anda untuk mengelakkan terjadinya simptom simpul biawak atau kejang betis.


 Rutin harian ( 4 biji ostematrix + 1 biji bcomplex )

Untuk sesiapa yang mahu mendapatkan ostematrix shaklee, bole hubungi saya seperti dibawah :




2 comments:

  1. Betul2. Saya amalkan ostematric semasa hamil Alhamdulillah tak ada mslh kejang kaki tu.terbaiklah shaklee

    ReplyDelete
  2. cantik blog. tips yang amat berguna =)

    ReplyDelete