Family

Cabaran 7 hari entry, # Hari Pertama : 3 fakta menarik tentang saya


...dah lama tak update blog....

Assalamualaikum semua.

Menyahut cabaran berblogging, hari pertama tugasan.

3 fakta menarik tentang diri saya. ok jom kita mulakan..

Pertama
Saya ibu ber anak dua. Berkahwin pada 11 Jun 2010. Dikurniakan cahaya mata pertama Nurul Iman pada 07 Januari 2012. Anak pertama bersalin secara normal dan alhamdulillah sangat mudah kerana proses melahirkan Iman hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Anak ke dua menjengah dunia pada 23 Julai 2014. Diberi nama Nurul Izzara sebab dari anak pertama saya mengidam nama Zara. Hehehe. Zara lahir 5 hari sebelum menyambut syawal. Alhamdulillah tanpa apa2 komplikasi, melahirkan Zara juga sangat mudah.

 Nurul Iman

Nurul Izzara


Kedua
Masih lagi bercerita tentang anak, saya bole dikatakan agak 'cool' dalam proses mendidik anak. Sebolehnya saya bersabar dengan setiap kerenah lagi2 Iman yang sedang membesar ( ada jugak kekadang terbabas kesabarannya). Saya suka membaca info tentang mendidik anak dan apa sahaja berkaitan anak.Apa saja tips saya cuba untuk praktikkan pada Iman dan Izzara.Dan saya juga suka membeli pakaian dan headband untuk anak2 saya. Saya juga suka raikan birthday anak saya. Apa saja yang saya buat, hanya untuk anak2 saya.


Iman's 1st birthday

 Izzara yang tembam



Ketiga
Saya sangat suka bergambar. Kalaupon bukan gambar saya, tapi saya suka ambik gambar anak2 saya. terlalu banyak koleksi gambar Iman dan Izzara. Dan saya akan upload di fb ntuk tatapan keluarga dan rakan2 yang sudi. Saya akan edit, letak capture dan upload.. dulu waktu saya kecik, saya hanya ade sekeping dua je gmbr dan saya nak bila anak saya dewasa, diorang ada koleksi gambar masa kecik.

 Anak kedua

 Saya

Suami

Anak pertama



Okla, sekian fakta mengenai saya. Menarik ke? hahahaha. macam fakta pasal anak je.

ohhh lagu satu fakta mengenai saya,


Kawan-kawan, jangan segan untuk order shaklee ngan saya okey....

2 comments: