Part ni paling tak sabar sebab memang kegemaran makan, makan dan makan. Tengok badan la? hahahaaha.
Ok, Restoren kegemaran saya.
Pertama
Saya sangat sukakan masakan ala thai. Maksudnya tomyam dan seangkatan dengannya. Selalu bila kat kedai makan, saya akan order tomyam, sayur kailan, telur dadar dan sotong tepung. Sedap kan... Nak dijadikan cerita, kami (saya, suami dan anak2) tersesat jalan sebab nak cari sebuah restoren ni dan tetiba terjumpa restoren ni. Nama restoren ni TERA-THAI. Uniknya restoren ni sebab diatas sebuah rumah yang agak klasik. Macam rumah lama yang ade ukiran semua tu. Bila masuk je, tertanya-tanya btol ke restoren ni... hehehe.( ke saya yang jakun? hahahah)
Pemandangan dari luar
Dalam restoren
Untuk anda yang nak rasai kesedapan masakan asli thai, bole lah singgah sini. Harga yang ditawarkan berpatutan la kot. Masakan sedap, saya bagi 5 bintang (hehe). Restoren ni dibuka setiap hari dan ade lunch jugak.
Ok, ni alamatnya,
TERA-THAI RESTOREN
No 31, Jalan Abdul Samad
Johor Bahru, Johor.
Tel : 012-7485300
Kedua
Jatuh cinta dengan restoren sebab saya suka makan Nutella Pods.
Nutella Pods, Suami dan Zara.
Nama restoren ni BIG FOOD. Kat sini ada macam2 makanan melayu dan western. Pilih je semua ada.. First time makan, saya order Chicken Chop dan suami order Nasi Goreng Tomyam seafood. Rasa sedap dan harga pon berpatutan.
Restoren ni ditutup setiap hari Isnin tau. Selain makanan berat, ada juga dijual kek macam2 jenis, dan pencuci mulut lain jugak.
Ohhh tetiba terliur nutella pods ni.
Ketiga
Restoren Rahmat, Kg pasir Puteh, Pasir Gudang. Sapa2 yang suka makan sambil menikmati pemandangan laut, sila la terjah bila datang Pasir Gudang.
Antara menu wajib dan memang pilihan semua orang adalah ikan siakap goreng dan udang goreng. Menu lain tu adalah tambahan seperti sayur dan lauk lain. Ikan siakap digoreng garing dan dicicah dengan kicap. Perghhh memang sedap gile la.
Pemandangan dari kedai
Ikan siakap goreng garing
Pembukaan rasmi
Semua gambar tu, saya ambil dari google. Saya memang tak sempat nak ambk sendiri sebab semua excited nak makan setiap kali datang sini. Biasanya time lunch hour memang penuh la.. saya biasa datang dengan suami atau keluarga... Ok, bercerita pasal harga, jangan risau sebab restoren ni sangat murah. Ikan siakap goreng biasanya RM28 seekor, udang goreng besar RM20 satu pinggan dan menu-menu sampingan lain. Total biasa saya RM60. Murah berbanding yang lain sebab sedap tau. Wajib cuba.
Dan restoren ni dekat juga dengan kawasan saya iaitu Pasir Gudang. Pernah saya terfikir nak makan ramai-ramai kat sini dengan group shaklee saya iaitu RTS di bawah kelolaan Mok +nurul aziyana . Mesti best, kan kak jaja, kak suey, kak +nurru adila ibrahim , kak +Norfaziela Amin , kak +AZENI AHMAD , kak +zai hasnie , kak +Seri Nian , kak fazni, kak milla, kak sal, +Nik Anna , kak +Jaja Kamal , kak aneng, kak azila, kak izma... nanti kita jumpa ramai-ramai kat Johor er. Ohhh tak lupa neni saya iaitu kak +Ida Iar dan neny +Dilla Jalil ...jom semua turun Johor...
Okla, perut pon lapar je ni tengok makanan2 ni. Nak masak jap la..jumpa next entry er.





No comments:
Post a Comment