Family

Bisnes Shaklee memang best, cerita saya.


Assalamualaikum semua pembaca,

Bercerita pasal Shaklee, saya mula tahu produk shaklee dari facebook dan dari status upline saya sekarang iaitu Kak Nurul Aziyana. Sebelum ni saya tahu la pasal shaklee dan produk pertama yang saya tengok adalah ESP. Melalui post-post status upline saya tu membuatkan saya berminat nak tahu produk shaklee dan dalam masa yang sama saya nak berbisnes.



Tak silap saya pada 17 May 2013 adalah hari pertama saya mendaftar dan ber id no 962493. Sebelum-sebelum tu saya ada bertanya macam2 pada Kak Yana tapi hati tak terdetik lagi sehingga la tarikh tersebut. Selain untuk kegunaan sendiri, saya memang nak berbisnes sebab masa tu umur anak 5 bulan dan saya tidak bekerja. Untuk menampung komitmen saya, saya nekad untuk berbisnes online dan saya pilih SHAKLEE secara serius.

Dari kanan : Kak Yana, Kak Zai, Master Lyna Noh, Kak Suey, Kak Jana, Kak dilla dan saya.

Bulan yang saya join tu, kebetulan promo Mealshake. Dengan semangat yang membara saya target untuk dapat bonus. Alhamdulillah, bonus pertama saya bersama shaklee adalah RM200++ (lebih kurang). Masa tu happy la sebab usaha berhasil walaupon tak banyak sampai ribu-ribu lagi.

Hari ni, 17 Okt 2014 dah hampir 1 tahun 5 bulan saya masih bertahan dalam Shaklee. Dengan adanya upline yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan geng-geng shaklee yang sentiasa membantu, InsyaAllah saya akan terus berusaha dan berjaya dalam bisnes Shaklee.

Group RTS dibawah kelolaan Master to-be Nurul Aziyana


Dalam Shaklee saya banyak belajar. Banyak ilmu tentang kerohanian, motivasi yang dikongsi dari Master-master yang dah berjaya. Belajar untuk lebih berharap kebergantungan pada Allah yang pemberi rezeki, belajar zikir-zikir, belajar ilmu marketing, ilmu tulis blog dan banyak lagi.

Push factor saya dalam bisnes ni adalah nak bantu ma dan abah menbina rumah impian mereka. Selain tu, nak bantu suami kukuhkan kewangan family kami dan menabung untuk anak-anak. Semoga impian murni saya tu tercapai dan Allah SWT memakbulkan segala doa-doa saya. Aminnnnn.

Ma dan Abah






2 comments: